Posted by Asta Qauliyah | Published on May 19th, 2006
01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;02. Sabar apabila mendapat kesulitan;03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;08. Jangan usil dengan kekayaan orang;09. Jangan hasud dan iri atas kesuksesan orang;10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksesan;11. Jangan tamak kepada harta;12. Jangan terlalu ambisius akan sesuatu kedudukan;13. Jangan hancur karena kezaliman;14. Jangan goyah karena fitnah;15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri;16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;17. Jangan sakiti ayah dan ibu;18. Jangan usir orang yang meminta-minta;19. Jangan sakiti anak yatim;20. Jauhkan diri dari ! dosa-dosa yang besar;21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah dan di masjid;25. Biasakan solat malam;26. Perbanyak dzikir dan do’a kepada Allah;27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;28. Sayangi dan santuni fakir miskin;29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;30. Jangan marah berlebih-lebihan;31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;33. Berlatihlah konsentrasi fikiran;34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;36. Jangan percaya ramalan manusia;37. Jangan terlampau takut miskin;38. Hormatilah setiap orang;39. Jangan terlampau takut kepada manusia;40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;42. Berlakulah adil dalam segala urusan;43. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;44. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;45. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;46. Perbanyak silaturahim;47. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;48. Bicaralah secukupnya;49. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;50. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;51. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;52. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;53. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;54. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;55. Hormatilah kepada guru dan ulama;56. Sering-sering bershalawat kepada nabi;57. Cintai keluarga Nabi saw;58. Jangan terlalu banyak hutang;59. Jangan terlampau mudah berjanji;60. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;61. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bersembang pada perkara yang tidak berguna;62. Bergaullah dengan orang-orang soleh;63. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;64. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;65. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;66. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;67. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendirian;68. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;69. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan;70. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapat kesulitan;71. Jangan melukai hati orang lain;72. Jangan membiasakan berkata dusta;73. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;74. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;75. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;76. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;77. Jangan membuka aib orang lain;78. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;79. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;80. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;81. Jangan merendah diri kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;82. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara;83. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;84. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;85. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;86. Hargai prestasi dan pemberian orang;87. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan;88. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan;89. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;90. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizik atau mental kita menjadi terganggu;91. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;92. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;93. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu,dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;94. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita,sebelum dipastikan kebenarannya;95. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;96. Sambutlah uluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;97. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang di luar kemampuan diri;98. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan.Jangan lari dari kenyataan kehidupan;99. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerusakan;100. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang..
Popularity: unranked [?]
Baca Juga Tulisan Lainnya:
Posted under Uncategorized.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
You can leave a response, or trackback from your own site.